Website 4 Daie
Maksimumkan langkah tuan puan dalam bidang pewarisan dengan memiliki website sendiri yang profesional dan menarik. Tingkatkan kredibiliti, mudahkan urusan, dan capai lebih ramai pelanggan. Miliki sekarang!

Mengapa anda perlukan website?
Website bukan sekadar keperluan, ia adalah pelaburan untuk masa depan perniagaan anda. Jadilah perunding pewarisan yang profesional, dipercayai dan sentiasa selangkah ke hadapan.
- Website memberikan gambaran awal yang baik kepada bakal pelanggan, mencerminkan profesionalisme dan kepercayaan terhadap perkhidmatan anda. Sebuah laman web yang kemas dan menarik mampu membuat pelanggan berasa lebih yakin untuk menggunakan khidmat anda.
- Pelanggan anda boleh akses website anda 24/7 untuk dapatkan maklumat tentang pewarisan dan produk yang ditawarkan.
- Website dapat meningkatkan kredibiliti dengan memaparkan kepakaran anda seperti testimoni pelanggan, pencapaian, artikel berkaitan pewarisan dan sebagainya.
- Anda dapat luaskan jaringan pelanggan bukan sahaja di kawasan setempat, malah di seluruh negara. Ini membolehkan lebih ramai orang mengetahui kewujudan dan perkhidmatan anda.
- Website boleh menjadi platform untuk pelanggan menghubungi anda dengan mudah. Fungsi seperti borang kontak, integrasi WhatsApp, atau tempahan janji temu membantu anda menjawab keperluan mereka dengan lebih cepat.
- Anda dapat tingkatkan personal branding dengan mempamerkan identiti dan kepakaran anda sebagai perunding pewarisan.
Pilihan Website Yang Ditawarkan
Nilai sebenar website yang kami tawarkan adalah RM2,000 .
Apa yang anda akan dapat?
Website bukan sekadar keperluan, ia adalah pelaburan untuk masa depan perniagaan anda. Jadilah perunding pewarisan yang profesional, dipercayai, dan sentiasa selangkah ke hadapan.
- Template website yang menyeluruh direka khas untuk bidang pewarisan, lengkap dengan struktur dan elemen penting yang memudahkan pelanggan memahami perkhidmatan anda.
- Kemudahan ubah maklumat setiap maklumat boleh diubah mengikut keperluan pelanggan anda untuk memastikan laman web sentiasa relevan dan terkini.
- Group support eksklusif yang akan membantu anda menjawab persoalan atau menyelesaikan masalah berkaitan laman web.
- Kelas bina konten website beberapa sesi kelas disediakan untuk membimbing anda menghasilkan konten menarik di dalam website.
- Logo ringkas (percuma) & profesional (berbayar) kami akan mencipta logo minimalis yang sesuai dengan nama domain anda, menyerlahkan imej profesional perkhidmatan anda.
- Kami sediakan hosting untuk memastikan laman web anda sentiasa boleh diakses.
- Semakan dan penyediaan domain pilihan anda untuk memudahkan pelanggan mencari laman web anda.
- Template website telah disemak dan telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Daie, Wasiyyah Shoppe Berhad.
Kami tawarkan kepada tuan puan dengan diskaun 60% .
Peringatan: Sebelum tuan puan membuat tempahan, sukacita dimaklumkan bahawa sebuah website ada kos tahunan seperti hosting, domain danĀ penyelenggaraan. Oleh itu, kos sebenar tahunan adalah RM1,200. Namun kos tahunan di bawah perkhidmatan kami hanyalah RM250 sahaja. Kos ini kami kenakan pada tahun kedua dan seterusnya.
Satu-satunya platform yang menawarkan website untuk para perunding pewarisan.
Platform eksklusif yang direka khas untuk membantu para perunding pewarisan membina laman web profesional. Dengan ciri mesra pengguna, fungsi interaktif dan sokongan penuh, kami membantu anda meningkatkan kredibiliti, memperluas rangkaian, dan mendidik pelanggan tentang kepentingan perancangan harta pusaka. Mulakan langkah anda untuk menjadi rujukan utama dalam pewarisan dengan website yang berfungsi 24/7, lengkap untuk keperluan anda pada hari ini.
Disclamer/Penafian: Laman website ini disediakan khusus untuk memudahkan urusan para perunding pewarisan dalam menyampaikan maklumat dan perkhidmatan kepada pelanggan mereka. Website ini adalah inisiatif individu dan tiada kaitan dengan mana-mana agensi di bawah Wasiyyah Shoppe Berhad. Walaupun segala usaha dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan laman website ini.